Sunday, 5 October 2014

#SE - Tersuka Tanpa Sengaja (Entri Khas Qurban @ Finale)

Syed Arif kelelahan. Tubuhnya disandarkan pada kerusi. Matanya terpejam rapat. Namun cuma sekejap bila isu telefon bimbitnya yang kehabisan bateri menjengah otak.

Lima minit. Sepuluh minit. Kemudian meleret-leret menjadi lima belas mint. Syed Arif masih mencari charger telefon bimbit pintarnya. Malangnya, charger bertuah yang dicari tidak juga ditemui.

"Mana ya?" soal Syed Arif sendiri dengan kerutan di dahi. Seingat Syed Arif, memang Farhah ada menyerahkan charger tersebut beserta dengan power bank sekali. Sekarang kedua-duanya tidak ada.

"Oh my God," keluh Syed Arif sambil memicit dahi sendiri. Mula sedar diri kalau charger bertuah beserta power bank diletakkan di atas meja makan. Sudah terang lagi bersuluh, memang Syed Arif terlupa hendak mengambil dua barang berharga tersebut.

Syed Arif mengeluh lagi. Cuai dan lalai. Sekarang tanggung sendirilah akibatnya.

Alan, can I borrow this?” tanya Syed Arif sambil menunjuk charger iPhone milik Alan.

Alan mengangkat wajah. Ada senyuman nakal pada bibir lelaki itu.

Sure. Satu jam, lima puluh ringgit.”

Sempat juga Syed Arif besarkan mata. Hanya setelah melihat Alan ketawa barulah matanya dikecilkan. Namun tangan gagahnya tetap juga meraih charger tersebut.

Syed Arif melihat senarai miss call. Ada dua puluh daripada ibunya yang tersayang. Banyaknya… Tiga daripada kawan-kawan rapat Syed Arif dan hanya ada dua daripada Farhah.

Dua saja? Sampainya hati Farhah. Nampak macam Syed Arif tidak penting saja. Sedihnya hati.

Kemudian Syed Arif memeriksa pula pesanan ringkas yang masuk. Seperti selalu, ibunya yang tersayang yang menjadi johan. Ada sepuluh pesanan dan Farhah pun ada. Cuma satu. Aduh.. Sedikitnya.
 
Farhah dah sampai ni. 
Farhah tunggu abang dalam kereta.

 
Syed Arif membaca pesanan ringkas tersebut dengan wajah pelik. Sebenarnya dia tidak faham dengan maksud ‘sudah sampai’ Farhah. Sampai mana?

Bila dihubungi, telefon bimbit Farhah tidak bersambung pula. Hanya suara operator yang menjawab. Syed Arif bukan rindukan suara operator, tetapi suara Farhah. Sebab itulah laju saja Syed Arif mematikan talian. Kali ini, dia menghubungi ibunya yang tersayang pula.

“Assalamualaikum, mak,” sapa Syed Arif seperti selalu.

“Waalaikummussalam wbt. Baru nak balas panggilan mak?”

Syed Arif tersengih-sengih. Sengihan kerang yang tidak laku di pasar pagi pun boleh kalah dengan teruk.

“Maaf, mak. Tapi telefon Syed habis bateri. Lagipun tadi sibuk sikit. Sekarang Syed baru habis kerja.”

“Mana Farhah? Mak nak cakap dengan dia.”

“Farhah?” ulang Syed Arif. Sengihan kerang tidak laku di bibirnya mulai hilang. Ketika ini, wajahnya mula dibias rasa terkejut dan resah.

“Farhah la. Mak nak cakap dengan dia. Sekarang ni, mak lebih risaukan menantu mak yang seorang tu. Dari tadi mak telefon tapi tak pernah menyambung. Farhah ada sana, kan?”

Sebenarnya Syed Arif hendak berbahas tentang isu ‘lebih risaukan menantu mak yang seorang tu’. Iyalah, mak lebih sayangkan Farhah berbanding Syed Arif sendiri. Namun niatnya untuk berbahas harus ditunda dahulu. Isu Farhah datang mencarinya ke sini lebih penting.

“Farhah datang sini?”

“Kenapa? Farhah tak sampai lagi ke dekat tempat kerja Syed? Kalau tak salah, pukul dua petang tadi Farhah gerak ke KL. Farhah pakai kereta mak."

“Syed cari Farhah sekarang. Assalamualaikum, mak.”

Suara ibunya telah hilang. Sekarang ini, jari tangan Syed Arif begitu lincah menekan nombor telefon bimbit Farhah. Seperti tadi, suara operator yang menjawab panggilan.

"Farhah, pick up the phone!" marah Syed Arif. Bukan marah pada Farhah, tetapi marah pada diri sendiri. Kalau dia tidak cuai dan lalai begini, pasti dia tidak kehilangan Farhah.

“Doktor Syed,” panggil Aina. Aina itu bertugas dikaunter pertanyaan. Dan panggilan Aina berhasil mematikan langkah laju Syed Arif.

"Ada apa, Aina?"

"Your wife, she came over just now."

"Just now?" ulang syed Arif. Mahukan kepastian yang betul.

"Err.. Lebih kurang pukul lima petang tadi."

"Pukul lima petang tadi?" soal Syed Arif sekali lagi. Matanya dibuka luas-luas. Sekarang saja sudah pukul sepuluh malam. Di luar pula hujan sedang menggila. Kalau dari pukul lima, maksudnya Farhah telah menunggu selama lima jam!

"Isteri doktor Syed kata, dia tunggu dekat tempat letak kereta dekat luar hospital ni."

"Surat khabar tu, you guna lagi?"

"Eh?" balas Aina sepatah. Keliru sebenarnya bila Syed Arif buka topik surat khabar. Sempat dia menjeling surat khabar yang berada di tangannya sekarang.

"Guna atau tak guna lagi?" Tekan Syed Arif. Nada suaranya terdengar sangat tegas. Air mukanya juga terlihat sangat garang. Sehinggakan Aina berundur setapak ke belakang.

"Tak guna."

"Good. I nak surat khabar tu."

Tidak sempat Aina membantah bila surat khabar di tangannya telah diambil. Mulutnya separa terbuka dek kerana terkejut.

"I ambil surat khabar ni. Bermula esok I belanja you surat khabar setiap hari selama tujuh hari. Okey?"

Aina tidak sempat pun mahu memberi jawapan bila Syed Arif telah berlalu pergi. Langkah kaki Syed Arif bukan main laju lagi. 

Hujan memang turun dengan sangat lebat. Guruh yang berdentum pun memang mengejutkan jiwa. Namun Syed Arif redah juga hujan dengan berbekalkan surat khabar di atas kepala. Semuanya demi Farhah. Farhah yang telah menunggunya selama lima jam.

"Where are you, Farhah?" tanya Syed Arif sendiri. Sempat juga dia menyeka air hujan di wajahnya. Sedangkan mata pula bekerja keras mencari kelibat kereta tua ibunya yang tersayang.

Sebaik saja melihat kelibat kereta yang dicari, sepasang kakinya telah dipaksa untuk berlari sepenuh tenaga ke arah kereta tersebut. Biarlah hujan yang turun seperti lontaran batu-batu kecil, Syed Arif tetap juga redah.

“Farhah,” jerit Syed Arif. Berusaha melawan bunyi hujan dan guruh yang menjadi penghias suasana. Tidak cukup dengan itu, pintu cermin kereta turut diketuk berkali-kali.

“Farhah!” panggil Syed Arif. Lebih kuat pastinya. Kalau dalam masa lima minit Farhah tidak juga bangun, agaknya cermin kereta Mak Cik Noraini bakal rosak kerana diketuk terlalu kuat.

Bunyi suara bising dari luar kereta menggangu tidur Farhah. Perlahan-lahan Farhah buka mata. Keadaan sekeliling telah bertukar gelap. Hanya sesekali kelihatan terang bila kilat memancar. Dan dia melihat figura seorang lelaki di tepi kereta ibu mertuanya. 

"Siapa?" tanya Farhah. Matanya telah dibuka luas-luas.

"Open the door, Farhah. Buka pintu ni cepat," pinta Syed Arif sekali lagi. Masih juga mengetuk cermin kereta.

"It's me, Farhah. Your husband. Tolong buka pintu ni cepat."

Setelah hampir sepuluh saat saat terpaku, barulah Farhah membuka pintu kereta. Sekejap saja Syed Arif berlari ke arah tempat duduk penumpang dan masuk melalui pintu tersebut.

"Why on earth you are here, Farhah? Farhah sepatutnya tunggu abang dekat rumah. Bukan datang ke sini. Kalau jadi apa-apa pada Farhah, Farhah ingat abang boleh hidup tenang?"

Farhah membisu. Lama dia menilik wajah Syed Arif. Baju Syed Arif 50 persen basah. Rambutnya juga basah. Kelihatan air menitis melalui hujung rambut lelaki itu. Paling penting, Farhah melihat riak risau setinggi gunung pada wajah lelaki itu.

Melihat Farhah hanya membisu, Syed Arif lebih dulu meraih tubuh Farhah. Memeluk lagi seperti malam semalam. Atau lebih tepat, memeluk seperti telah sepuluh tahun terpisah.

"Farhah hampir buat nyawa abang hilang," keluh Syed Arif. Tangannya mengusap belakang tubuh Farhah.

"Jangan buat macam ni lagi. Kalau nak jumpa abang sekali pun, pastikan abang tahu baru Farhah ke sini," keluh Syed Arif lagi. Kali ini pelukannya telah dilonggarkan. Kemudian ubun-ubun Farhah seperti selalu menjadi tempat bibirnya berlabuh.

"Farhah dah kira sampai tiga ratus. Kemudian Farhah kira lagi sekali dan sekali lagi. Tapi abang tak juga muncul. Jadi Farhah.."

Ayat Farhah hilang bila sekali lagi tubuhnya dipeluk erat-erat.

"Abang pesan kira dengan perlahan. Jangan laju sangat."

"Farhah nak kira laju. Bila laju, lagi cepat Farhah boleh jumpa abang."

Percayalah, Syed Arif hilang ayat bila Farhah mula berkata begitu.

"Lagipun Farhah bawa lauk ni untuk abang," ujar Farhah setelah Syed Arif membisu seribu bahasa. Mangkuk tingkat di tempat duduk belakang diambil. Langsung saja dibuka satu persatu. Semerbak haruman bau rendang, lemang dan lontong.

“Lauk dah sejuk. Abang tak kisah, kan?”

Syed Arif menyorot Farhah dengan sorotan yang sukar untuk dimengertikan. Kemudian Syed Arif capai mangkuk tingkat tersebut dan kemudian ditutup semula.

“Kenapa?”

Syed Arif memilih untuk membisu lagi. Sesaat kemudian tangannya telah sekali lagi meraih tubuh Farhah. Memeluk dengan kasih sayang yang seluas hamparan langit.

“Abang minta maaf. Abang tak harap kita sambut Lebaran Qurban dalam keadaan macam ni.”

“Farhah tak kisah. Yang penting sekarang, abang ada depan mata Farhah. Lagipun Farhah makin rindu dengan abang bila mak tunjuk satu gambar."

"Mak tunjuk satu gambar? Gambar apa tu?" tanya Syed Arif sengan debaran di hati. Bukan Syed Arif tidak kenal dengan perangai ibunya yang tersayang. Pasti saja gambar aneh-aneh yang diberikan ada Farhah.

"Gambar ni," beritahu Farhah dengan lirikan nakal. Sekeping gambar telah diawang-awangkan di depan Syed Arif. Melihat muka terkejut Syed Arif, bertambah nakal saja lirikan mata Farhah.

"Togel, temban dan Farhah rasa macam nak tarik-tarik saja pipi abang ni. Lepas tu abang nampak gebu sangat. Mulalah Farhah rasa lagi nak cubit sampai puas."

Syed Arif mengetap bibirnya kuat-kuat. Geram juga rasa hati melihat Farhah ketawa begitu. Mendadak saja idea jahat datang dalam kepala.

"Farhah tak boleh lama. Farhah nak balik kampung semula. Farhah cuma nak lihat muka abang dan hantar lauk ni semua. Farhah pinjam kereta mak ni. Farhah risau mak nak guna saja kereta dia," cerita Farhah setelah gagal menarik perhatian Syed Arif tentang gambar sewaktu kecil lelaki itu.

"No. Malam ni Farhah dengan abang. Tak perlu balik kampung. Esok pagi baru kita balik sama."

"Tapi.."

Ayat Farhah mati lagi bila Syed Arif membuka pintu kereta dan terus keluar. Hujan lebat yang turun kembali membasahi tubuh Syed Arif. Dan sekarang lelaki itu sedang membuka pintu di tempat duduk Farhah.

"Abang drive. Farhah pindah dekat tempat duduk penumpang tu."

Berkerut terus dahi Farhah.

“Abang nak pergi mana?”

“Hotel.”

Bulatnya mata Farhah.

“Abang teringin nak mandi dalam bath tub. Abang nak buat gaya macam dalam gambar tu. Nanti Farhah komen serupa atau tak serupa dengan gambar abang masa baby."

Semakin besar mata Farhah. 

"Tapi abang berani jamin, abang pasti nampak jauh lebih bagus daripada gambar abang masa baby tu. Togel memang pasti. Temban dan gebu tu pastilah lebih menawan. Jadi nanti  Farhah boleh tarik dan cubit abang sepuas hati. Abang beri lampu hijau dan abang rela seratus peratus. Its a brilliant deal, right?"


#ideakreatifpublication

REQ. GROUP ~ Latest Teaser 'n' Updates
https://www.facebook.com/groups/584073261660707/permalink/704548769613155/




** versi cetak telah berada di pasaran ya. Boleh dapatkan di kedai buku berhampiran.
Harga RM26.00(sem) 'n' RM29.00(SS)

Kalau beli dengan IKP terus, harga online dekat bawah ni :)
Harga Online IKP RM24.00(sem) 'n' RM27.00(SS)
Free postage (Malaysia sahaja)





 



30 comments:

  1. Hehehe....masi sempat nak brgelak juga c farhah ne hihihi... Ohsom tq PR dear.. Trhubur bca entry ne.. Syg pk ketat2 :-D

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

      KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل


      KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

      Delete
  2. Nice PK. Hope de lg sok-sok. Maybe tmbh lg pasal Hakim. Nak gak tgk SA jealous tahap gaban.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Ayat jelita tu sejuta kali sweet la kak Tina.. Mua3

      Delete
  4. hahahaha .. sempat lg nk usik dr sa dgn gmbr togel tu hahah

    ReplyDelete
  5. Kalau dah nama Syed Arif, ribut petir sekalipun perangai tetap sengal & mengada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Demi sengal dan mengadas, dr sa mmg selalu rela.. Mua3

      Delete
  6. Replies
    1. Hihihi..tq sis.. Dr sa mengadas sikit jer.. Keh3

      Delete
  7. hehehehe....tak blh menahan dgn perangai megada2 Dr SA nie....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hati mesti selalu tabah bila dgn dr sa ni.. ekekek

      Delete
  8. Huwaaaa.... awat ai sedih nie.... dr SA ngan farhah mmg comel sgt.... mnr der dr SA mengadas.. x bek tau PK kutuk boipren ai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syania Ann.. ang mmg la. ap dr sa wat sumer pn x mengadas.. padahal mengadas x hengat dah.. keh3

      Delete
  9. Hehehe... Pestaim baca habis entry kat blog.. Dalam pada tu sedih jugak la sikit.. Dah bergenang air mata.. Mujur last2 tu ada scene gumbira.. hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. pasni boleyla ad second third and seterusnyer yerrr.. ngeh3

      Delete
  10. Haahahaha PK
    this last episod ai like very much
    sangat sangat sangatttt ohsam
    memula mmg sedeyyyy
    but u make me blush...hahahaha
    TOGEL TEMBAM n one more HOT...
    BEST...

    ReplyDelete
  11. salam raya korban PK

    kak ita nak buat ulasan/komen berjemaah buat ke 3x n3 SE SA&F ni...

    memang sweet memang menarik... memang daboombbb... terimakasih krn sudi menghilangkan rindu akak pd SA&F ni...

    tentang habuk jahat.... memang jahat habuk sb buat mata farhah keluar air... tentang 300 kiraan... ish belum smpt SA sampai KL dah hbis kiraan tuuu. terus sambung TTG... permulaannnn tu akak nak cubitttt PK sb buat habuk jahat masuk mata akak... menangis daku krn 300 kiraan Farhah berkali2 hbis tpi SA tak muncul2 menyebabkan terpaksa drive keta MIL tuk tgk FA dpn mata ....

    TTG... gulppppp... TTG ada org kena check in nampaknyaaaa...... nampakkknya siapa yg kena cubittt sakan niiiiiiii...

    thanksss PK

    love
    kak itasukri

    ReplyDelete
  12. terlalu sweetttttttt sangattttt..... sampai x tahu nak cakap apa kt SA ni...

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. Arifah, boleh email pk. Nnti pk inform cara.. muliati.abdul@gmail.com

      Delete
    2. Arifah, boleh email pk. Nnti pk inform cara.. muliati.abdul@gmail.com

      Delete